Ocean Fresh catat premium 204% pada penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Business & Finance
4 Jul 2024 • 10:34 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ocean Fresh catat premium 204% pada penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia

herman

04/07/2024 - 10:34

KUALA LUMPUR 4 Julai - Syarikat pengilang dan peniaga makanan laut beku, Ocean Fresh Berhad membuat penampilan sulung kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 85 sen, premium 204% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 28 sen.

Sejumlah 4.88 juta saham kumpulan itu telah diniagakan pada pukul 9 pagi.

Saham itu melonjak sehingga 93 sen dan diperdagangkan pada 85.5 sen pada jam 9.15 pagi, menilai syarikat itu sebanyak RM179 juta di Bursa Malaysia. Lebih daripada 47 juta saham telah bertukar tangan.

Kumpulan telah berjaya mengumpul kira-kira RM14.01 juta melalui pelaksanaan IPO dengan penerbitan 50.05 juta saham biasa baru pada harga penawaran 28 sen setiap saham.

image is not available
Pengurusan tertinggi Ocean Fresh Berhad pada penampilan sulung di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini.

Ocean Fresh bercadang menggunakan RM8 juta sebagai perbelanjaan modal untuk fasiliti penyimpanan sejuk baru di Kuantan, Pahang, manakala RM2.51 juta lagi akan digunakan untuk keperluan modal kerja.

Sementara itu, baki RM3.5 juta akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian yang dianggarkan.

IPO, berharga 28 sen sesaham, terdiri daripada 50.05 juta saham biasa baharu, mewakili 23.8% daripada modal saham yang diperbesarkan. - DagangNews.com