Oceancash selesai bayar RM13.42 juta ambil alih Paragon Car Carpets

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 3:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Oceancash selesai bayar RM13.42 juta ambil alih Paragon Car Carpets Image from: Oceancash selesai bayar RM13.42 juta ambil alih Paragon Car Carpets johardy22/07/2026 - 15:16 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Julai - Oceancash Pacific Berhad melengkapkan pengambilalihan Paragon Car Carpets & Components Sdn. Bhd. (PCCCSB) bernilai RM13.42 juta selepas semua syarat terdahulu di bawah Perjanjian Jual Beli Saham (SSA) dipenuhi, sekali gus mengukuhkan pengembangan strategiknya dalam rantaian bekalan komponen automotif.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Oceancash berkata, SSA yang dimeterai dengan Paragon Union Bhd kini berkuat kuasa tanpa syarat selepas semua syarat terdahulu yang ditetapkan di bawah perjanjian tersebut berjaya dipenuhi.

 

Pengambilalihan itu melibatkan pembelian sebanyak 22.75 juta saham biasa dalam PCCCSB, mewakili 100 peratus pegangan ekuiti syarikat berkenaan, pada harga pembelian RM13.42 juta, tertakluk kepada pelarasan, yang akan dijelaskan sepenuhnya secara tunai.

 

Dengan selesainya urus niaga itu, PCCCSB kini menjadi anak syarikat milik penuh Oceancash.

 

solar

 

Perluas rantaian bekalan automotif

Sebelum ini, Oceancash berkata pengambilalihan tersebut akan membolehkan kumpulan itu mengembangkan pangkalan pelanggannya serta memperoleh akses terus kepada pengeluar kenderaan yang kini menjadi pelanggan PCCCSB.

 

Selain itu, langkah tersebut dijangka memperluaskan penglibatan Oceancash dalam aktiviti hiliran rantaian bekalan permaidani kereta, di samping membuka peluang jualan silang menerusi hubungan perniagaan sedia ada PCCCSB, sekali gus meningkatkan daya saing kumpulan dalam pasaran alat ganti dan komponen automotif.

 

Syarikat itu juga berkata, pengambilalihan berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan Oceancash atau pegangan saham pemegang saham utamanya kerana ia tidak melibatkan penerbitan saham baharu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved