UTC Melaka ditutup dua hari pada Aidilfitri

31 May 2019 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MELAKA - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka akan menutup operasinya selama dua hari pada Rabu dan Khamis depan (5 dan 6 Jun) bersempena dengan perayaan Aidilfitri.

UTC Melaka menerusi kenyataan hari ini memberitahu operasi UTC Melaka pada Selasa depan (4 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.

"Operasi pada hari Jumaat hingga Ahad (7 hingga 9 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 4.30 petang.

"UTC Melaka beroperasi seperti biasa pada hari Isnin (10 Jun) iaitu pada 8 pagi hingga 5 petang," kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan UTC Melaka di talian 06-3333333 untuk sebarang pertanyaan. -Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved