OD Ialah Permainan Interaktif Baharu Oleh Hideo Kojima Dan Jordan Peele

TechnologyGamingDigital
8 Dec 2023 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengumuman Grand Theft Auto VI (GTA 6) bukan satu-satunya yang meletupkan internet minggu ini. Sebentar tadi ketika acara The Game Awards, permainan baharu OD telah diumumkan. Yang menjadikan pengumuman ini mengejutkan kerana ia adalah IP baharu daripada Hideo Kojima dengan pembabitan pengarah filem seram Jordan Peele.

Treler tidak memberikan sebarang penunjuk apakah genre permainan yang bakal ditawarkan oleh OD. Ia hanya disahkan sebagai sebuah permainan interaktif merangkap filem yang tidak pernah dihasillan sebelum ini. Ia dibintangi Sofia Lillis (pelakon filem IT), Udo Kier (Blade) dan Hunter Hunter Schafer (Euphoria).

Permainan ini dibangunkan oleh Kojima Production dengan kerjasama Xbox Game Studios sekaligus memgesahkan ia akan tiba ke konsol Xbox dan PC terlebih dahulu. Tiada jaminan ia akan tiba ke PS5.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved