ODDLY Rangkaian Produk Inovatif Untuk Kulit Yang Selesa, Yakin Dan Terjaga Sepanjang Hari

LocalBeauty
16 Jul 2025 • 8:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Jenama tempatan, ODDLY, kini kembali dengan penampilan serta rangkaian produk baharu, namun tetap mengekalkan misi asalnya, menyayangi dan menjaga kulit setiap individu tanpa mengira latar belakang. 

image is not available

Pernah dikenali sebagai Sang Bulu, penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan nama, tetapi mencerminkan langkah berani ODDLY ke arah era baharu yang lebih menekankan aspek keselesaan, keterangkuman, dan amalan penghasilan produk penjagaan kulit yang beretika.

Nama ‘ODDLY’ tercetus daripada identiti produk pertama yang mencetuskan fenomena, Sang Bulu, satu nama yang nakal, berani dan sarat dengan keunikan tempatan, diinspirasikan daripada figura ikonik ‘Sang Kancil’.  

Kisah jenama ini bermula dengan langkah yang jujur dan ringkas, diinspirasikan oleh seorang ibu yang melihat perbincangan di sebuah kumpulan Facebook tentang tekanan yang dirasai wanita untuk menjaga penampilan sebelum melahirkan anak. 

Idea yang tercetus untuk menjana pendapatan selepas pandemik COVID-19 kini berkembang menjadi jenama yang membawa misi.

image is not available

'ODDLY’ melambangkan keindahan menjadi berbeza secara unik dan bangga dengan ketidaksempurnaan, sama seperti permulaannya.

Menurut Pengasas ODDLY, Naza Yusof, misi beliau adalah untuk ‘menghadiahkan’ rangkaian produk yang mampu memudahkan semua wanita untuk menjaga penampilan, agar mampu tampil cantik dan berkeyakinan. 

“ODDLY bukan hanya sebuah jenama, ia adalah refleksi wanita-wanita sebenar yang memberi inspirasi dalam setiap langkah saya. Visi saya bukan untuk menetapkan standard kecantikan, tetapi untuk menawarkan solusi yang tulen, relevan, dan bersifat peribadi.

“Setiap produk ODDLY diinspirasikan oleh pengalaman, keperluan, dan keyakinan wanita yang saya temui. Mereka bukan sekadar pengguna, tetapi nadi sebenar di sebalik jenama ini," ujar Naza.

Apa yang bermula dengan satu semburan kecil kini berkembang menjadi satu rangkaian penjagaan diri harian yang menyentuh hidup ramai wanita. Dengan semangat yang sama sejak hari pertama, ODDLY menjadikan penjagaan diri lebih mudah, selamat dan mesra kulit.

image is not available

ODDLY kini memperkenalkan pilihan produk harian yang lembut dan penuh perhatian, terutama bagi mereka yang berkulit sensitif. 

Daripada Purity Shower Oil yang membelai kulit dengan kelembapan semula jadi, ke Sang Bulu Spray yang menanggalkan bulu tanpa rasa sakit atau kerumitan, hinggalah ke Ultimate Brightening Roll On Remedy yang memberi kesegaran sepanjang hari, ODDLY sememangnya tampil dengan kualiti premium.

Setiap satu dicipta dengan teliti agar pengguna berasa selesa dalam kulit mereka sendiri. Di sebalik setiap botol, ada niat yang sama iaitu untuk menjadikan penjagaan diri satu pengalaman yang jujur, ringkas, dan penuh kasih kepada diri sendiri.

ODDLY kini berkembang dari sebuah jenama kecil buatan tempatan kepada jenama kecantikan yang menyentuh hati golongan ibu, profesional muda, dan pengguna harian yang mementingkan keselesaan, keberkesanan serta penjagaan diri yang sesuai dengan gaya hidup pantas. 

Dari permulaan yang sederhana hingga diiktiraf sebagai 10 Terbaik dalam Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX) 2024, perjalanan ODDLY membuktikan apa yang mampu dicapai oleh jenama tempatan Malaysia.

Alami sendiri keunikan ODDLY dan lihat bagaimana jenama ini mendefinisikan semula penjagaan diri yang mudah dan moden. 

Layari www.oddly.my dan ikuti @oddly.my untuk ketahui lebih lanjut dan membeli rangkaian produk lengkap mereka. - Getaran, 16 Julai 2025

Foto : ODDLY

View Original Article