Odyssey OLED G9, monitor gaming flagship Samsung dibuka tempahan sehingga 9 Julai 2023

Digital
26 Jun 2023 • 5:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Para gamers di luar sana, bersiap sedialah untuk kedatangan monitor flagship Samsung Odyssey OLED G9. Diperkenalkan di CES 2023 awal tahun lalu, ini adlaah monitor gaming pertama di dunia dengan resolusi DQHD OLED. Tempahan awal untuk milikinya telahpun dibuka sehingga 9 Julai 2023 pada harga yang belum diumumkan. Jualannya akan bermula pada 10 Julai 2023. Antara promo tempahan awal yang bakal pembeli terima adalah e-baucar RM300 serta penjimatan sehingga RM2,000.

image is not available

Berapakah ia akan dijual? Dalam pasaran Singapura, laptop yang sama dijual pada harga SGD3,399 ataupun RM11,740. Jadi anda bolehlah jangkakan harga sekitar itu sewaktu pelancarannya kelak.

image is not available

Samsung Odyssey OLED G9 adalah sebuah monitor gaming jenis lebar bersaiz 49". Ia sungguh lebar dengan nisbah paparan 32:9. Ia seperti anda letakkan dua monitor 16:9 sebelah menyebelah cumanya Odyssey OLED G9 hadir dalam satu unit, makanya tiada senggang kelihatan. Monitor ini melengkung pada kadar 1800R dan memiliki resolusi pada paras 1440p dengan kadar segar semula setinggi 240Hz.

image is not available

Monitor ini dikuasakan sistem operasi TizenOS, bermakna anda boleh pasang pelbagai aplikasi penstriman untuk anda melayani kandungan kegemaran.

image is not available

Tiada speaker tambahan diperlukan kerana ia sudah ada speaker stereo 5W. Kalau perlukan kualiti audio yang lebih mantap, port HDMI boleh digunakan untuk disambung kepada kelengkapan audio yang menyokong piawaian ARC. Lain-lain port I/O yang akan anda terima adalah seperti Display Port 1.4, mikro-HDMI, dan 2 USB-A.

Anda boleh layari laman rasmi promosi untuk maklumat lanjut.