‘Oh tolonglah diam, kami tahu cerita yang sebenar, Allah adalah saksi’ – Fynn Jamal tinggalkan komen dalam temubual Essam, suami Mizz Nina

6 Feb 2024 • 11:29 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini Essam Muhammad, suami kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina telah menafikan nama sebenar anak angkat Mizz Nina adalah Musa seperti yang didedahkan oleh Noh Salleh.

Bagaimanapun dia enggan mendedahkan nama sebenar Musa bagi melindungi identiti dan maklumat kepada umum. Essam yang mewakili Mizz Nina menyatakan isterinya mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa.

Essam turut menyifatkan tindakan Noh sebelum ini sangat memalukan dan tidak beretika. Katanya juga, kanak-kanak tidak sepatutnya diambil dari penjaga mereka tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Namun begitu, menerusi ruangan komen di Instagram sebuah portal, komen selebriti Fynn Jamal menarik perhatian ramai berkenaan isu ini.

“Tolong diam! Kami tahu kebenarannya. Allah adalah saksi,” tulisnya.

Komen tersebut telah mengundang persoalan ramai dan mula bertanyakan pada Fynn Jamal apakah maksud disebalik kata-katanya. Namun, Fynn Jamal hanya mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa komen.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya. Ketika kejadian, Mizz Nina dalam perjalanan menuju ke Tokyo atas urusan kerja. Namun begitu, Noh menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan telah meminta izin dari ibu kandung Musa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved