Ojen Buat Pengumuman, Kunafa Aiwah Bakal Tiba Di Food Republik Kuching 8 November Ini

5 Nov 2023 • 6:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Food Republik kali ini bertempat di Stadium Negeri Sarawak di Kuching

Ojen Buat Pengumuman, Kunafah Aiwah Bakal Tiba Di Food Republik Kuching 8 November Ini. Pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia, Kunafa Aiwah bakal tiba di Kuching bermula 8 November hingga 12 November ini.

Dalam video TikTok yang telah dimuatnaik Ojen baru-baru ini, dia memberi pengumuman buat pencinta kunafa di luar sana yang berada di Kuching, Sarawak untuk singgah di Booth nya yang bakal dibuka di Food Republik Stadium Negeri nanti.

image is not available
Ojen Buat Pengumuman, Kunafah Aiwah Bakal Tiba Di Food Republik Kuching 8 November Ini

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @Ojennn_aiwahh

Pelbagai jenis kunafa lazat

Apa istimewanya kunafa Aiwah ini, anda boleh menikmati pelbagai jenis kunafa lazat dengan bermacam-macam perisa yang menarik seperti Original, Lotus Biscoff, Choc Oreo, Nutella, Red Velvet, Dark Indulgence dan banyak lagi.

Oleh kerana terkenal dengan kunafa lazat yang unik ini, booth Kunafah Aiwah sering dikunjungi ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan hidangan enak ini.

image is not available

Hari pertama semua kunafa limited edition ada

Dalam video TikTok Ojen tersebut, dia berkata bahawa pada hari pertama pembukaan booth di Food Republik berkenaan semua kunafa limited edition akan ada pada hari tersebut.

Jadi buat anda yang ingin menikmati keenakan Kunafah Aiwah, jangan lupa singgah di Food Republic yang bertempat di Stadium Negeri di Kuching 8 hingga 12 November ini!

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/sambutan-tahun-baru-2024-di-waterfront-kuching/

https://www.iloveborneo.my/henry-golding-dan-antoni-porowski-di-waterfront-kuching/