Oktober Bulan Paling Panas Di Perancis Sejak 1945: Meteo-France

3 Nov 2022 • 11:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PARIS, 3 Nov (Bernama) — Oktober tahun ini direkodkan sebagai bulan paling panas di Perancis sejak 1945, dengan suhu purata mencecah 17.2 darjah Celsius, menurut perkhidmatan meteorologi Perancis Meteo-France pada Rabu.

Purata suhu Oktober adalah kira-kira 3.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa di seluruh negara, lapor Xinhua memetik kenyataan Meteo-France.

Perkhidmatan meterologi memaklumkan bahawa suhu purata yang direkodkan di 30 stesen cuaca di seluruh Perancis kekal di atas paras normal sejak 2 Okt.

Cuaca panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini disertai dengan kejadian ribut petir melanda sebahagian besar negara itu pada Okt 23, hingga menyebabkan kerosakan, terutamanya di utara Perancis.

Sumber: BERNAMA

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved