
BEAUFORT: Seorang lelaki berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilapor hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mentulud pada 2 Jan, ditemui selamat di Kota Kinabalu pada Sabtu lalu.
Handrian Sarin berkata adiknya, Fazul Sarin, 23, tiba di Kota Kinabalu dari Beaufort dengan menumpang sebuah kenderaan yang dipandu orang tidak dikenali.
Advertisement“Apabila sampai di Kota Kinabalu, dia diminta menaiki bot ke Pulau Gaya.
“Mungkin disebabkan kes kehilangannya tular di media sosial, dia dihantar balik ke Kota Kinabalu di mana dia terpaksa menumpang di bilik sewa kawannya yang dikenali melalui media sosial TikTok,” katanya, menambah keluarga mereka kemudian dimaklumkan mengenai perkara itu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Pada Jumaat, keluarga lelaki itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis Beaufort mengenai kehilangannya.
Fazul keluar rumah pada jam 7 pagi Khamis dan pergi ke Pekan Beaufort seorang diri untuk menguruskan bantuan OKU-nya, namun tidak kembali sehingga keluarganya membuat laporan tersebut.


![[VIDEO] Isu pemilihan Pengerusi PH Sabah belum selesai, PKR tak setuju](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)