
Kuala Lumpur: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menyatakan kesediaannya bagi menyediakan khidmat guaman secara percuma ke atas seorang lelaki kurang upaya yang diserang oleh sekumpulan lelaki di pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Untuk menegakkan keadilan, Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar berkata NGO itu merancang untuk memfailkan saman berjumlah RM1 juta ke atas kumpulan penyerang tersebut agar kes ini dapat dijadikan iktibar kepada orang lain untuk tidak mudah mengambil tindakan di luar batas undang-undang.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pertubuhan itu turut berkata mereka cuba menghubungi keluarga OKU terbabit untuk berbincang dan memulakan proses saman berkenaan, dan berharap agar mereka bersetuju.
Ketika rakyat Malaysia menentang sekeras-kerasnya kekejaman askar Israel melayan penduduk Palestin, G57 berharap layanan sama diberikan untuk kes serangan ke atas lelaki OKU itu, yang ditendang selepas meminta air ketika cedera.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Selain itu. G57 berikrar untuk melangsaikan kesemua kerugian peniaga yang terjejas oleh insiden itu.
“Kami juga berharap agar keluarga lelaki itu tidak menarik laporan Polis walaupun terdapat usaha memujuk mereka untuk berbuat demikian.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Senada dengan seluruh rakyat Malaysia, G57 menyifatkan tindakan mengheret oku tersebut dan memukulnya adalah jelas satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ke atas mangsa,” kata Zulkarnain dalam satu kenyataan pada Ahad.
