OKU Minta Netizen Edit Gambarnya Biar Nampak 'Sempurna', Undang Sebak & Komen Positif Termasuk Dari Ustaz Azhar Idrus

21 Sep 2022 • 12:10 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

“Alhamdulillah, saya lihat awak dah sempurna, tak perlu edit (sunting) lagi”.

Demikianlah kata-kata yang ditinggalkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi ruangan komen pada gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Noor, semalam.

Menerusi gambar yang dikongsikan Faiz di kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ni? telah mendapat perhatian ramai temasuklah pendakwah popular tersebut.

Faiz yang juga orang kurang upaya (OKU) dilihat meminta ahli kumpulan Facebook tersebut untuk menyunting gambarnya bersama keluarga agar kelihatan seperti manusia biasa (sihat tubuh badan).

‘Boleh tak edit (sunting) badan saya sempurna macam orang normal, teringin sangat nak tengok,” tulisnya.

image is not available

Namun, rata-rata orang ramai tetap memuji keadaan Faiz yang dikatakan sudah cukup sempurna dan tidak mempunyai sebarang kecacatan untuk diubah.

Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Faiz agar terus percaya diri serta tidak perlu berasa malu dengan keistimewaan tubuh badannya.

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber: KOSMO! ONLINE