OKU Penglihatan Dari Kelantan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

25 Aug 2023 • 9:23 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, telah dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Qayyim yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kelantan telah meraih markah sebanyak 94.96 peratus daripada juri.

image is not available

Manakala Sara Belmamoun dari Maghribi pula dinobatkan sebagai johan tilawah kategori qariah. Bahkan, Omar Toure dari Guinea dan Tebani Cheyma Enfal dari Algeria dinobatkan sebagai johan bagi kategori hafazan lelaki dan wanita.

image is not available

Selain wang tunai, sijil dan piala iringan, keempat-empat mereka membawa pulang hadiah emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

image is not available

image is not available

Sumber: Utusan Malaysia (Ahmad Fadhlullah Adnan)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved