OKU Warga Emas Hasilkan Cenderamata Daripada Origami Untuk Tambah Pendapatan 

10 Jun 2024 • 3:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

OKU Warga Emas Hasilkan Cenderamata Daripada Origami Untuk Tambah Pendapatan

TANAH MERAH, 10 Jun (Bernama) — Walaupun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) langsung tidak mematahkan semangat warga emas Mohd Zain Dollah, 73, untuk terlibat dalam seni origami bagi menambah pendapatan.

Menetap di Kampung Bukit Kechik, di sini, Mohd Zain yang mengalami kecacatan di kedua-dua tangan, jari dan kaki sejak lahir mampu menyiapkan 10 origami berbentuk angsa dalam sehari.

Beliau berkata meskipun hobi itu dianggap agak meremehkan kerana perlu memberikan tumpuan dan memakan masa yang lama namun tidak bagi dirinya.

image is not available
Gambar: BERNAMA

“Saya membuat hiasan origami ini sejak 10 tahun lepas apabila diajar oleh seorang daripada anak saya. Seingat saya hanya sehari saya belajar dan terus mencuba membuat pelbagai jenis hiasan seperti bakul, bekas telur dan bekas bunga,” katanya yang hanya memiliki ketinggian 1.2 meter kepada pemberita.

Beliau berkata bagi origami berbentuk angsa biasanya tempahan dijadikan sebagai bekas telur untuk diberikan kepada tetamu di majlis perkahwinan.

image is not available
Gambar: BERNAMA

Bagi hiasan tempat meletakkan bunga lazimnya ditempah oleh individu sebagai cenderamata atau agensi kerajaan untuk diletakkan di pejabat.

“Setiap origami berbentuk angsa itu memerlukan sebanyak empat keping kertas A4 dan akan dipotong kecil menggunakan pisau kecil dan dilipat serta digam supaya lebih kukuh.

“Hiasan berbentuk angsa ini saya jual dengan harga RM2 satu dan sekiranya tempahan melebihi 100 harganya akan lebih murah,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

image is not available
Gambar: BERNAMA

Duda dan bapa kepada lapan cahaya mata itu berkata bagi bakul yang lebih besar harganya boleh mencecah sehingga RM50 kerana memerlukan lebih banyak kertas A4, gam dan masa.

Kini, dia sedang menyiapkan tempahan seorang pelanggan di Perak yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, katanya yang penah menjadi juruhebah majlis perkahwinan sebelum menceburi bidang kraftangan.

Sumber: BERNAMA