
Oldtown White Coffee Raikan 25 Tahun Warisan Dengan Menu Baharu Yang Menarik Dan Barangan Edisi Istimewa
Kuala Lumpur, 8 July 2025
– 25 tahun menemani rakyat Malaysia dengan kopi putih yang digemari ramai, OLDTOWN White Coffee kini meraikan ulang tahun perak mereka dengan kempen khas di seluruh negara. Sepanjang kempen yang berlangsung hingga 31 Oktober ini, pelanggan boleh nikmati menu baharu yang lebih ‘padu’, resipi ditambah baik di semua cawangan, serta peluang untuk miliki barangan eksklusif edisi terhad melalui promosi istimewa. Ditubuhkan sejak 1999, OLDTOWN mula dikenali apabila membawa kopi putih legenda terus ke rumah pengguna dalam bentuk pek pra-campur dan minuman dalam tin siap diminum. Kini, OLDTOWN memiliki lebih 100 cawangan F&B di Malaysia serta menyajikan berjuta-juta cawan campuran istimewa daripada tiga jenis biji kopi (Arabica, Robusta & Liberica) dan menjadi simbol dalam budaya kopitiam rakyat Malaysia. Menurut Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia (pemilik jenama OLDTOWN), “Bila imbas kembali 25 tahun perjalanan kami, kami bangga kerana OLDTOWN kekal autentik sambil bergerak selari dengan perubahan zaman. Campuran 3 biji kopi yang jadi asas jenama sejak 1999, masih digunakan dalam setiap cawan sehingga hari ini. Tambahnya lagi, “OLDTOWN dibina atas warisan, tapi sentiasa peka dengan trend semasa. Sebab itu kami tampilkan inovasi seperti
Coconut Flavoured White Coffee
sesuai dengan citarasa generasi baru yang sukakan kelainan. “OLDTOWN bukan sekadar kopi, tapi satu jenama yang dah jadi kebanggaan rakyat Malaysia. Ulang tahun ini bukan sahaja imbas kejayaan 25 tahun, tapi juga janji untuk terus jadi tempat rakyat bersatu menikmati rasa yang mereka cinta,” jelas Fiona lagi.
Menu Baharu & Dipertingkatkan – Lebih Sedap, Lebih Puas Hati
Bermula hujung Ogos, pelanggan boleh menikmati menu baharu dan resipi dipertingkatkan di semua cawangan OLDTOWN. Menu popular seperti Nasi Lemak dan Curry Mee kini lebih wangi, lebih berperisa dengan kualiti bahan ditambah baik. Kaya Butter Toast ikonik mereka juga ditambah baik dari segi rasa dan tekstur.
Tak cukup dengan itu, OLDTOWN turut memperkenal beberapa menu baru seperti siri Nasi Banjir, Wok-Fried, hidangan asli Hainan, serta Roti John & Paratha. Dalam usaha segarkan jenama, OLDTOWN juga memperkenalkan pembungkusan baharu yang lebih moden dan menarik dengan mengekalkan fokus pada kualiti dan kesegaran. Dengan set sarapan serendah RM7.90, ia bukti komitmen OLDTOWN untuk kekal menyediakan citarasa Malaysia yang asli dan mampu milik.
Barangan Eksklusif Edisi Terhad – Beg Tote Ulang Tahun ke-25
Sempena ulang tahun ini juga, pelanggan yang membeli mana-mana dua (2) pek OLDTOWN White Coffee di kedai terpilih boleh menebus 25th Anniversary Tote Bag, barangan koleksi eksklusif yang meraikan 25 tahun perjalanan jenama ini.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ulang tahun ke-25 dan menu baharu OLDTOWN, layari laman rasmi mereka di www.oldtown.com.my, Facebook rasmi (OldTownWhiteCoffeeMalaysia) atau kunjungi cawangan terdekat.
The post Oldtown White Coffee Raikan 25 Tahun Warisan Dengan Menu Baharu Yang Menarik Dan Barangan Edisi Istimewa appeared first on Siakap Keli.





