Olivia, kucing ke-3 berharta di dunia dengan kekayaan lebih RM426 juta rupanya milik Taylor Swift

9 Jan 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Olivia, kucing ke-3 berharta di dunia dengan kekayaan lebih RM426 juta rupanya milik Taylor Swift

SAMA-SAMA popular dan kaya. Demikian yang boleh diungkapkan ke atas kucing bernama Olivia Benson dan tuannya.

image is not availableMungkin ramai yang masih tak tahu, si bulus tersebut merupakan haiwan peliharaan penyanyi wanita terkaya di dunia, Taylor Swift.

Olivia dikatakan telah mengumpulkan kekayaannya sendiri dengan membintangi beberapa video muzik bersama penyanyi lagu Shake It Of itu.

Menurut laporan New York Post hasil maklumat yang dipetik daripada All About Cats, Olivia dikatakan memiliki kekayaan mencapai RM426.27 juta (AS$97 juta) setakat artikel tersebut ditulis.

image is not available

Malah, kucing Swift daripada baka Scottish Fold itu juga muncul sebagai haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia.

Pencapaian itu diperoleh menerusi analisis di Instagram dan potensi bayaran yang diperoleh haiwan tersebut dalam satu muat naik foto di media sosial.

Berdasarkan rekod sahih, haiwan yang menduduki tempat pertama paling kaya di dunia ialah anjing German Shepherd dengan nama Gunther VI. Ia dimiliki seorang individu dari Itali.

image is not available

Sementara itu, haiwan kedua terkaya pula ia seekor kucing bernama Nala.

Kucing campuran Siamese dan Tabby itu dikatakan mengumpul kekayaan sebanyak RM440 juta (US$ 100 juta).

Bahkan, Nala juga tersenarai sebagai selebriti kucing dek kerana popularitinya.

image is not available

Swift mula memelihara Olivia pada tahun 2014 dan sejak dari itu, beliau rajin memuat naik kucing kesayangannya itu di laman Instagram miliknya.

Pernah sebelum itu, selebriti tersohor tersebut menyiarkan sekeping foto Olivia yang sedang berbaring di atas sofa.

Dengan foto itu, lebih daripada dua juta tanda suka diterima.

Olivia juga terkenal dalam kalangan peminat Swift dan pernah dibawa penyanyi tersebut menjadi ‘model’ dalam klip videonya, Blank Space dan Me!

image is not available

Selain itu, kucing berkenaan juga pernah terbabit dalam iklan Diet Coke kira-kira sembilan tahun lalu.

Selain Olivia, Swift juga memiliki dua lagi kucing yang diberi nama Meredith Grey dan Benjamin Button.

Nama Benjamin Button diambil daripad karakter Brad Pitt dalam film The Curious Case of Benjamin Button yang rilis pada 2008.

image is not available

Sementara itu, nama Olivia dipilih menerusi watak dalam satu drama bersiri Law & Order: SVU memandangkan Swift cukup meminati rancangan yang disiar di saluran televisyen NBC itu.

Untunglah kucing-kucing Swift tu ya. Makan, minum, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan mesti vass!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.