OMG Ampakur juara Kejohanan Dart Beregu Bandit Blues

1 Nov 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pasukan OMG Ampakur dari Kota Kinabalu mengungguli Kejohanan Dart Beregu Bandit Blues yang julung kali diadakan di Bandit Blues Dart House di Kampung Takapan, Membakut pada hujung minggu lalu.

Gandingan Mark Jumin dan William Chong menewaskan Donald Michael dan Cliff Richard dari OMG Originz 4-2 di final untuk membawa pulang hadiah utama RM2,500 dan naib juara terpaksa berpuas hati dengan RM1,200.

Dua pasukan yang tewas di separuh akhir OMG Joker (Kota Kinabalu) dan SDC Waris Kidal (Sipitang) menerima RM600 setiap satu, sementara RM300 diberikan setiap satu kepada pasukan suku akhir iaitu Royal Amazing KBT A (Brunei), Royal Amazing KBT B (Brunei), ADC Tambunan dan KBS A (Keningau).

Dalam acara wanita, gelaran perseorangan dimenangi oleh Nadhirah Jr dari Kota Kinabalu susulan kemenangan 3-2 ke atas Erika Mummy Kenzie dari tambunan di final.

Juara menerima RM500 dan RM250 untuk naib juara, sementara pemain yang tewas di separuh akhir Zanna (Labuan) dan Erica (Tambunan) menerima RM100 setiap satu.

Sebanyak 32 pasukan dan 13 wanita mengambil bahagian dalam kejohanan itu dan pengasas Bandit Blues Paul Undeh sangat gembira dengan sambutan menggalakkan itu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan peserta khususnya mereka dari Labuan dan Brunei serta semua penaja dan individu atas sokongan mereka.

View Original Article