OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

LocalCars
16 Dec 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards', menawarkan nilai tambah jangka panjang dan ketenangan fikiran kepada pemilik baharu.

image is not availableimage is not available

Sekiranya tercari-cari promosi 'luar biasa' yang bukan sahaja diskaun semata-mata tetapi turut menjamin kos pemilikan keseluruhan yang lebih berbaloi, jangan terlepas pandang kempen ini.

Apakah Tawaran Menarik Untuk JAECOO J7 PHEV?image is not available

Bagi yang ingin beralih kepada teknologi lebih mesra alam, model yang menggunakan teknologi Super Hybrid System, JAECOO J7 PHEV, kini ditawarkan dengan pakej pembelian yang sangat berbaloi iaitu:

Pilihan Ganjaran: Pembeli boleh memilih sama ada 7 tahun servis & penyelenggaraan percuma ATAU ganjaran tunai RM5,000.Pakej Pengecasan: Setiap pembelian disertakan dengan Wallbox Charger percuma untuk pengecasan pantas di rumah (tanpa mengira jenis ganjaran yang dipilih).Jaminan Bateri: Ketenangan minda dijamin dengan waranti bateri selama 10 tahun atau 200,000 km.

Juga Menarik: Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Bagaimana Pula Dengan JAECOO J7 Versi Petrol (AWD & 2WD)?image is not available

Bagi peminat model enjin pembakaran dalaman (ICE), J7 turut ditawarkan dengan tawaran yang tidak kurang hebatnya:

Jaecoo J7 AWD: Didatangkan dengan 7 tahun servis percuma dan pakej bernilai sehingga RM12,000 (termasuk ganjaran, kadar faedah rendah dan diskaun tambahan).Jaecoo J7 2WD: Pakej bernilai sehingga RM8,000 yang merangkumi 5 tahun servis percuma, insentif pembiayaan, serta penjimatan tunai.Adakah OMODA C9 Turut Termasuk Dalam Kempen Ini?image is not available

SUV segmen premium, OMODA C9 juga tidak ketinggalan dalam kempen akhir tahun yang sedang berlangsung. Promosi yang ditawarkan untuk model ini adalah membabitkan penjimatan tinggi di awal pemilikan:

OMODA C9 AWD: Hadir dengan 5 tahun servis percuma dengan jumlah ganjaran mencecah RM9,000.OMODA C9 2WD: Dilengkapi dengan 5 tahun servis percuma serta jumlah ganjaran mencecah RM6,000.Mengapa Kempen Ini Berbaloi Untuk Bakal Pembeli SUV?

Berbeza dengan promosi biasa yang hanya memberi diskaun ‘sekali jalan’, kempen 'Season of Rewards' lebih menekankan kepada:

Pengurangan Kos Penyelenggaraan: Servis percuma bertahun-tahun bermaksud anda tidak perlu pening memikirkan bil penyelenggaraan.Ketenangan Minda: Waranti bateri yang panjang (untuk PHEV) membuktikan keyakinan jenama terhadap kualiti produk mereka.Fleksibiliti Tunai: Pilihan antara rebat atau servis membolehkan pembeli memilih apa yang lebih penting atau terbaik untuk aliran tunai masing-masing.

Berminat Untuk Pandu Uji?

Kempen ini hanya ditawarkan buat masa yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi omodajaecoo.com.my/seasons-of-rewards atau tempah sesi pandu uji di omodajaecoo.com.my/test-drive

View Original Article