OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

WorldCars
27 Apr 2026 • 5:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

Tiga tahun selepas kemunculan sulung di peringkat global, OMODA | JAECOO kembali ke Auto Show Beijing 2026 bukan lagi sekadar jenama yang sedang meningkat naik, tetapi sebagai jenama yang telah melepasi jualan SATU JUTA kenderaan di seluruh dunia, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam perjalanan pesatnya di peringkat antarabangsa.

Berlatarbelakangkan kemeriahan Auto Show Beijing 2026, Sidang Kemuncak Perniagaan Rakan Kongsi Global Chery Group menghimpunkan lebih 3,000 rakan kongsi, pengedar dan wakil rantaian bekalan dari seluruh dunia. Lebih daripada sekadar perhimpunan, sidang kemuncak ini mencerminkan visi bersama yang dibentuk melalui kerjasama, inovasi dan tekad kolektif ke arah masa depan mobiliti.

Sepanjang sidang kemuncak tersebut, pelbagai detik bersejarah diketengahkan, daripada pengumuman strategi global baharu dan pelancaran produk, hinggalah ujian ketahanan serta pengalaman jenama yang imersif. Setiap inisiatif ini mencerminkan jenama yang terus bergerak pantas dalam merealisasikan aspirasi global sambil mengukuhkan asas teknologinya.

Image from: OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

Di tengah momentum ini, OMODA | JAECOO meraikan dua pencapaian serentak iaitu ulang tahun ketiga serta jualan global melebihi satu juta unit. Dalam tempoh hanya tiga tahun, jenama ini telah berkembang ke lebih 64 pasaran antarabangsa, sekali gus berubah pantas daripada pendatang baharu kepada antara pemain global industri automotif yang paling pesat berkembang.

Perjalanan ini bukan sekadar diukur melalui angka semata-mata. Ia mencerminkan komuniti global yang semakin berkembang terdiri daripada pemandu, rakan kongsi dan penyokong yang menerima visi OMODA | JAECOO, yang menggabungkan reka bentuk, prestasi dan solusi mobiliti berpandangan jauh untuk generasi baharu.

Bersandarkan asas kukuh ini, OMODA | JAECOO kini memasuki fasa pertumbuhan seterusnya yang dipacu teknologi global termaju, peluasan pasaran lebih mendalam serta komitmen berterusan terhadap pembangunan bertanggungjawab dan mampan. Melangkah ke hadapan, jenama ini kekal fokus dalam membentuk pengalaman mobiliti masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan bersedia untuk pelanggan di seluruh dunia.

Image from: OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

Teknologi Sebagai Teras: Asas Keupayaan Daya Saing Global

Di sebalik peningkatan pesat OMODA | JAECOO di peringkat global terletaknya kekuatan rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) canggih Chery Group serta kepakaran teknologinya, yang menjadi tunjang kepada inovasi berterusan jenama ini.

Teras kepada kekuatan tersebut ialah Super Hybrid System (SHS), solusi generasi baharu yang dibangunkan untuk menggerakkan model PHEV dan HEV. Lebih daripada sekadar sistem pacuan, SHS menawarkan gabungan seimbang antara prestasi tinggi, kecekapan luar biasa dan jarak pemanduan lebih jauh, sejajar dengan keperluan pemandu moden yang sentiasa berubah.

Dibangunkan dengan perspektif global, sistem ini direka untuk menyesuaikan diri secara lancar merentasi pelbagai pasaran, dari Eropah hingga Asia Tenggara dan Amerika Latin. Kini telah diterapkan pada model pengeluaran utama, SHS mencerminkan komitmen OMODA | JAECOO dalam menjadikan mobiliti elektrifikasi bukan sahaja mudah diakses, malah praktikal dan relevan untuk kegunaan harian di seluruh dunia.

Image from: OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

Pengesahan Dunia Sebenar Menerusi Nine Countries Super Hybrid Marathon

Satu lagi sorotan menjelang Auto Show Beijing 2026 ialah OMODA | JAECOO “9 Countries Super Hybrid Marathon”. Diadakan dari 25 hingga 26 April 2026, acara ini menghimpunkan wakil media dari sembilan pasaran utama untuk pengalaman pemanduan jarak jauh merentasi China, melalui kawasan pergunungan, tasik dan lebuh raya dalam keadaan pemanduan sebenar.

Sepanjang dua hari yang padat dengan pengalaman, laluan tertutup sejauh kira-kira 625 km merangkumi 455 km lebuh raya, 100 km jalan berliku di kawasan pergunungan dan 70 km jalan indah di tepi tasik. Wartawan memandu J5 HEV, OMODA 5 HEV dan JAECOO J7 HEV, yang semuanya dikuasakan oleh Super Hybrid System (SHS).

Berlatarbelakangkan pemandangan menakjubkan, konvoi memulakan perjalanan dari Wuhu, melalui Tasik Chaohu dan Huoshan, sebelum bermalam di Doushahe Hot Spring Town, diikuti perjalanan pulang sejauh 309 km menerusi lebuh raya.

Program ini menilai penghantaran kuasa, keselesaan kabin dan kualiti pemanduan di pelbagai permukaan jalan, sambil memperlihatkan kemampuan barisan model HEV OMODA | JAECOO dalam situasi sebenar. Ia turut mengukuhkan proposisi jenama “One Car, Two Vibes” yang menggabungkan mobiliti cekap dengan prestasi pemanduan dinamik.

Momentum Pertumbuhan Global

Sejak penubuhannya, OMODA | JAECOO berkembang pesat di pasaran global dengan kehadiran di 16 pasaran Eropah serta mencatat lebih 220,000 unit jualan di rantau itu dalam tempoh hanya dua tahun. Di United Kingdom, jenama ini meraih lebih 2% pegangan pasaran dalam tempoh sembilan bulan dan menembusi kelompok sepuluh teratas dalam masa 17 bulan, dengan peluasan lanjut dirancang di beberapa pasaran utama Eropah.

Lebih dekat di rantau ini, OMODA | JAECOO Malaysia mengekalkan momentum tersebut dengan lebih 17,800 unit terjual pada 2025, mewakili pertumbuhan 153% tahun ke tahun, dan dijangka melepasi dengan ketara jumlah kumulatif 25,000 unit yang kini berada di jalan raya Malaysia sejak kemunculannya pada 2024.

Image from: OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

Keyakinan Rakan Kongsi dan Perluasan Rangkaian

Perkembangan global OMODA | JAECOO bukan sahaja dipacu oleh produk terbaik dalam kelasnya serta teknologi canggih, malah juga oleh kepercayaan kukuh yang dibina bersama pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia.

Di tengah pertumbuhan ini ialah ekosistem global yang mantap. Melalui kerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan, OMODA | JAECOO berjaya mewujudkan rangkaian rantaian bekalan dan perkhidmatan bersepadu, sekali gus menyediakan asas operasi lancar yang menyokong pengembangan pesat antarabangsa.

Kepercayaan dan kerjasama ini diterjemahkan kepada pengiktirafan nyata. Di Sepanyol, kajian pasaran terkemuka Eropah (VCON 2025) meletakkan OMODA | JAECOO sebagai jenama paling dikenali dalam kalangan pengedar tempatan, dengan skor kepuasan cemerlang 9.9 daripada 10.

Di sebalik pencapaian ini ialah model perniagaan yang kukuh dan mampan. Pengedar menikmati margin keuntungan 3.4%, iaitu dua kali ganda purata pasaran, disokong oleh rangkaian selepas jualan yang meliputi 96% populasi.

Secara keseluruhannya, faktor-faktor ini menyerlahkan daya saing produk OMODA | JAECOO serta kekuatan Super Hybrid System (SHS), sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai pemain global yang diyakini dan berpandangan jauh.

Daripada Jenama Automotif kepada Kuasa Teknologi

Kebangkitan global OMODA | JAECOO kini melangkaui penghasilan kenderaan berteknologi tinggi. Disokong pelaburan berterusan dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi dunia sebenar, jenama ini sedang pantas keluar daripada batas pengeluar kereta konvensional dan berubah menjadi kuasa teknologi yang dinamik.

Pada 2025, OMODA | JAECOO mempercepat kemasukan ke bidang termaju termasuk pemanduan pintar, kokpit pintar dan trenkuasa tenaga baharu. Robot humanoidnya, Mornine, kini telah digunakan di lebih 30 negara termasuk Malaysia, merangkumi pengedar, ruang pameran dan premis komersial. Dibangunkan bersama pasukan AiMOGA, Mornine meningkatkan interaksi pelanggan menerusi pembentangan produk, sokongan interaktif dan bantuan soal jawab pintar.

Ketika jenama ini mencapai pencapaian satu juta unit, skala yang semakin besar terus mempercepat inovasi dan menggerakkan OMODA | JAECOO ke arah menjadi perusahaan teknologi global bersepadu sepenuhnya.

Image from: OMODA | JAECOO Capai Pencapaian Global, Jualan 1 Juta Unit Dalam 3 Tahun

Masa Depan Kebebasan Parkir Mesra Pengguna

Berpusing-pusing mencari petak parkir atau tercari-cari kenderaan di bawah terik matahari mungkin bakal menjadi perkara lalu. OMODA | JAECOO akan membuat penampilan sulung global Valet Parking Driver (VPD) di Auto Show Beijing 2026, teknologi pintar yang direka untuk mengurangkan tekanan ketika meletak kenderaan.

Melangkaui sistem konvensional, VPD membolehkan kenderaan mencari ruang parkir sendiri, meletakkan kenderaan secara automatik dan kembali semula kepada pemandu tanpa campur tangan manusia.

Teknologi ini akan dipertontonkan menerusi tiga model hibrid SHS dalam senario dunia sebenar, termasuk panggilan jarak jauh, parkir autonomi serta perbandingan terus dengan pemandu berpengalaman dalam keadaan kompleks.

Lebih daripada sekadar pencapaian teknologi, VPD mencerminkan visi OMODA | JAECOO dalam mentakrif semula mobiliti harian, di mana urusan parkir bukan lagi satu kerumitan, sebaliknya sebahagian perjalanan yang lancar.

Untuk maklumat lanjut, layari www.omodajaecoo.com.my