
OMODA | JAECOO Malaysia mengesahkan bahawa JAECOO J5 bakal dilancarkan dalam masa terdekat dengan harga anggaran RM110,000, disertai pakej Super Early Bird bernilai RM8,888 untuk pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi.

Sebagai tarikan utama jualan awal, pakej Super Early Bird ini merangkumi insurans tahun pertama, rebat khas, serta Trio Aksesori eksklusif JAECOO J5 bernilai RM2,000. Trio aksesori ini terdiri daripada subwufer kereta bagi pengalaman audio lebih imersif, mikrofon karaoke tanpa wayar yang menjadikan kabin sebagai pusat hiburan bergerak, serta lampu suluh pelbagai fungsi untuk kegunaan harian dan aktiviti luar.

Selain JAECOO J5, OMODA C9 PHEV turut ditawarkan sebagai SUV premium berteknologi plug-in hybrid dengan harga anggaran RM220,000. Pembeli awal model ini bakal menikmati ganjaran early bird merangkumi rebat khas serta kabel V2L percuma, selari dengan keperluan mobiliti moden dan berteknologi hijau.
Pandu uji rasmi JAECOO J5 kini dibuka di pengedar sah terpilih seluruh negara, manakala tawaran Super Early Bird bagi kedua-dua model ini ditawarkan untuk tempoh terhad menjelang pelancaran rasmi. Selain itu, kempen jualan Tahun Baru Cina jenama ini bagi semua model semasa masih berjalan sehingga 28 Februari 2026.
Untuk maklumat lanjut, layari www.omodajaecoo.com.my




















The post OMODA | JAECOO Malaysia Umum Jangkaan Harga JAECOO J5, Tawar Pakej Super Early Bird RM8,888 appeared first on TW Media.

