OMS sediakan kapal CS Resilience, pelaburan armada kabel dasar laut terbesar sokong rangkaian telekomunikasi global

TechnologyDigital
8 Jul 2026 • 11:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

OMS sediakan kapal CS Resilience, pelaburan armada kabel dasar laut terbesar sokong rangkaian telekomunikasi global Image from: OMS sediakan kapal CS Resilience, pelaburan armada kabel dasar laut terbesar sokong rangkaian telekomunikasi global amree08/07/2026 - 11:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 JulaiOMS Group memperkukuhkan kedudukan dalam industri infrastruktur digital global apabila memulakan penyediaan kapal pemasangan kabel dasar laut generasi baharu, CS Resilience.

 

Menurut kenyataan syarikat itu, kerja-kerja berkenaan sekali gus mempercepat pelaksanaan program armada GREAT-Class yang merupakan pelaburan armada terbesar dalam sejarah kumpulan tersebut.

 

Majlis pemotongan keluli pertama berlangsung di limbungan kapal CRIST SA di Gdynia, Poland, serta menandakan bermulanya pembinaan rasmi kapal ketiga dalam armada kelas itu yang dimiliki OMS Group.

 

"Kapal ini merupakan sebahagian strategi jangka panjang pengembangan bagi memenuhi permintaan tinggi global terhadap infrastruktur digital dasar laut yang berdaya tahan dan mampan," kata OMS.

 

CS Resilience dibangunkan susulan kerjasama strategik dengan ULSTEIN yang diumumkan pada Januari 2026 bagi mereka bentuk serta membina dua kapal pemasangan kabel dasar laut generasi baharu.

 

Ujarnya, bersama CS Genesis dan CS Triumph, kapal baharu itu memperkukuhkan keupayaannya dalam pemasangan kabel dasar laut, kecekapan operasi serta menetapkan penanda aras dari segi kemampanan.

 

OMS_DagangNews2026

 

Pengasas dan Pengerusi OMS Group, Datuk Lim Soon Foo berkata, pembinaan CS Resilience mencerminkan visi jangka panjang untuk membina antara armada kapal pemasangan kabel paling lestari di dunia.

 

"Pemilihan ULSTEIN bukan sahaja berdasarkan kepakaran pembinaan, malah berkongsi komitmen inovasi, kualiti, dan kecemerlangan operasi bagi keperluan industri telekomunikasi dasar laut," katanya.

 

CS Resilience dijadualkan mula beroperasi pada 2028 dengan reka bentuk ULSTEIN X-BOW dan teknologi ULSTEIN POWER Variable Speed Generator (VSG) yang mampu meningkatkan kestabilan operasi di laut.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan OMS Group, Ronnie Lim berkata, gabungan teknologi meningkatkan kecekapan pemasangan kabel, memperkukuh kebolehpercayaan operasi serta menyokong infrastruktur.

 

Gabungan CS Genesis, CS Triumph, CS Resilience dan CS Alliance mewakili pelaburan armada terbesar pernah dilaksanakan syarikat, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam industri rumusan digital.

 

"Sebagai penyedia global prasarana dasar laut bersepadu, kami menyokong pengembangan rangkaian telekomunikasi dunia serta merapatkan jurang digital menerusi rumusan yang mampan," jelasnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved