On-Time Guarantee: Anda dapat baucar tunai kalau pesanan Shopee lewat tiba

22 Apr 2024 • 2:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Shopee telah lancarkan kempen "On-Time Guarantee". Kempen ini diadakan bertujuan untuk pastikan pembeli menerima pesanan dalam tempoh Estimated Delivery Date yang dijanjikan. Sekiranya pesanan gagal dipenuhi, pembeli akan terima On-Time Guarantee Voucher untuk digunakan sewaktu pembelian seterusnya. Konsep ini sama seperti baucar lewat tiba Domino's Pizza satu ketika dulu tapi sudahpun ditamatkan penawarannya.

image is not available

Kempen ini meliputi semua pesanan yang dibuat di platform Shopee kecuali untuk penghantaran yang tidak menggunakan servis logistik Shopee. Ia juga tidak akan meliputi pesanan yang dibatalkan sebelum Estimated Delivery Date dilepasi.

Walau bagaimanapun, baucar ini tidak diterima secara automatik, sebaliknya perlu ditebus dalam masa tiga hari selepas pesanan diterima. Sekiranya tidak, baucar lewat tiba akan luput. Cara untuk tebusnya adalah di bahagian My Purchase, pergi ke kategori To Receive. Periksa pesanan anda yang telah melepasi tarikh Estimated Delivery Date dan dalam pesanan itu sepatutnya akan ada butang baucar lewat hantar.

Anda boleh layari laman rasmi kempen untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

View Original Article