
Seminggu sebelum pelancaran Samsung, kini OnePlus menjadualkan pengenalan telefon mercu terbaru mereka, OnePlus 10T.

OnePlus 10T ini bakal hadir dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, menyertakan sokongan rangkaian 5G, disamping turut menyertakan kadar segar semula tinggi serta pengecasan pantas.
OnePlus juga dipercayai akan melengkapkan OxygenOS 13 bersama-sama dengan telefon pintar terbaru ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi telefon pintar terbaru ini oleh OnePlus pada 3 Ogos 2022 kelak.
August 3, the next step of our evolution.
You're invited to #EvolveBeyondSpeed with the #OnePlus10T 5G.
