OnePlus 12 Akan Dilengkapi Sensor Kamera 50MP Sony LYT900

TechnologyDigital
2 Nov 2023 • 2:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, Sony telah mengumumkan LYTIA sebagai penjenamaan baharu untuk sensor kamera mereka. Bulan Jun 2023, lima lensor di bawah LYTIA iaitu LYT500, LYT600, LYT700, LYT800 dan LYT900 dilancarkan. Oppo adalah antara syarikat terawal mengumumkan kerjasama dengan Sony untuk menggunakan sensor kamera ini.

Terbaru, OnePlus China melalui Weibo telah mengumumkan yang OnePlus 12 akan menggunakan sensor LYTIA baharu. Sensor ini adalah lebih canggih berbanding LYT800 yang akan digunakan pada vivo X100.

image is not available

Sensor untuk OnePlus 12 ini dikatakan adalah berasaskan LYT900 iaitu IMX988. Ia merupakan sensor 50MP dan besar kemungkinan menggunakan teknologi lebih kurang sama dengan Exmor T yang digunakan pada Xperia 1 V. Sensor ini bersaiz 1/1.4-inci, mempunyai dua transistor piksel bertindan. Teknologi kamera baharu ini akan membawakan fotografi malam yang lebih baik.

image is not available

OnePlus 12 turut dikatakan akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, menyokong pengecasan nirwayar 50W, skrin 3000 nits, menggunakan USB 3.2 dan menyokong zum optikal 3x lebih kurang sama dengan OnePlus Open.

View Original Article