OnePlus 12 Akan Mengembalikan Panel Belakang Kayu Seperti OnePlus 2

TechnologyDigital
23 Nov 2023 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon pintar Android berjenama pertama saya adalah OnePlus One. Pengalaman penggunaannya saya masih ingat sehingga hari ini seperti kebolehan menukar ROM secara rasmi daripada ColorOS ke CyanogenMod atau panel belakang yang boleh bertukar dari plastik Silk White ke Sandstone atau Bamboo. Untuk OnePlus 12 yang akan dilancarkan pada 4 Disember nanti, Digital Chat Station mendedahkan yang peranti ini mungkin akan mengembalikan panel belakang kayu seperti OnePlus 2.

image is not available

Buat masa ini masih tidak jelas sama ada adakah panel kayu ini untuk model edisi khas, sejenis kerangka pelindung atau panel belakang StyleSwap yang boleh ditukar seperti OnePlus One dan OnePlus 2.

OnePlus 12 turut dikatakan akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, menyokong pengecasan nirwayar 50W, skrin 3000 nits, menggunakan USB 3.2 dan menyokong zum optikal 3x lebih kurang sama dengan OnePlus Open.

View Original Article