OnePlus 12 Kini Rasmi – Snapdragon 8 Gen 3, 24GB RAM Dan Kamera Hasselblad

TechnologyDigital
15 Dec 2023 • 9:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 12 telah dilancarkan di pasaran China sebentar tadi. Ini adalah peranti OnePlus yang paling berkuasa setakat ini kerana dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan ia turut mengekalkan penggunaan kamera Hasselblad yang lebih berkuasa serta rekaan yang mirip OnePlus 11.

image is not available

Peranti ini hadir dengan skrin 6.82-inci 3D LTPO AMOLED, beresolusi QHD+ (3168×1440), menyokong kadar segar semula 120Hz, Dolby Vision dan juga kecerahan mencapai 1600 nits. Peranti dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan GPU Adreno 750 yang dipadankan dengan memori sehingga 24GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

image is not available

Untuk kamera, OnePlus sekali lagi bekerjasama dengan Hasselblad dimana terdapat lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, ultra sudut lebar 48MP, telefoto dengan zum periskop 3X 64MP dan kamera swafoto 32MP. Sokongan mod sinematik dan XPAN turut dikekalkan bersama-sama dengan kemampuan merakam video 8K 24FPS. OnePlus sekali lagi tidak menggunakan sensor 1″.

image is not available

Bateri peranti adalah 5400mAh dengan pengecasan pantas 100W berwayar serta akhirnya dengan sokongan pengecasan nirwayar pantas 50W yang turut menyokong pengecasan berbalik 10W. OnePlus turut menyertakan cip khas untuk mengendalikan pengecasan pantas ini serta memastikan peranti tidak akan memanas.

image is not available

OnePlus 12 turut hadir dengan sokongan WiFi 7, Bluetooth 5.4, NFC, 5G, audio LHDC, serta speaker stereo Dolby Atmos. Sokongan audio spatial turut dikekalkan seperti pada OnePlus 11 sebelum ini. OnePlus turut menaiktaraf enjin haptik mereka dengan Bionic Vibration Motor Turbo yang dikatakan boleh diubahsuai sendiri oleh pengguna.

image is not available

Peranti ini menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 14, mempunyai perlindungan IP65, kerangka pelindung dan pelindung skrin disertakan dalam kotak serta pengecas 100W turut masih diberikan tanpa perlu dibeli secara berasingan. Terdapat tiga warna yang apabila diterjemah adalah Leave It Blank (putih), Pale Green (hijau) dan Iwaguro (hitam).

image is not available

Berikut adalah harga jualan di China;

  • 12/256 GB -RMB 4,299 (~RM2,826)
  • 16/512 GB – RMB 4,799 (~RM3,154)
  • 16/1000 GB – RMB 5,299 (~RM3,483)
  • 24/1000 GB – RMB 5,799 (~RM3,811)