OnePlus 12R Genshin Impact Edition Diumumkan

TechnologyDigital
29 Feb 2024 • 8:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kepada peminat watak Keqing daripada permainan Genshin Impact, telefon pintar OnePlus 12R Genshin Impact Edition adalah untuk anda. Peranti ini telah dilancarkan semalam dengan ia mempunyai rekaan yang mengintegrasikan watak Keqing secara menyeluruh.

image is not available

Tubuh peranti berwarna ungu dengan corak serangan Lightning Stiletto yang boleh dilalukan oleh watak dalam permainan video ini. Tema ungu dikekalkan lagi pada antaramuka yang diperibadikan dari skrin boot hinggalah kepada ikon, audio dan animasi.

Kerana ia peranti edisi khas Genshin Impact, peranti ini sudah diuji boleh menjalankan permua selama sejam konsisten pada 59.4 FPS. Selain itu pembeli turut akan menerima kerangka dan pin bertemakan Keqing juga dengan setiap pembelian. Harga jualan OnePlus 12R Genshin Impact Edition ialah ₹50,000 (~RM2874) sebuah.

image is not available

OnePlus 12R Genshin Impact Edition dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED LTPO 120Hz, dijana Snapdragon 8 Gen 2, memori 12GB RAM, storan 256GB, dan bateri 5500 mAh yang menyokong pengecasan 100W. Kamera utama terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Sementara itu di hadapan pula terdapat kamera 16MP.

View Original Article