OnePlus 12R Turut Melepas SIRIM

TechnologyDigital
21 Dec 2023 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Buat pertama kalinya, OnePlus akan melancarkan siri R mereka di pasaran luar India dan China. Peranti pertama yang akan diperkenalkan adalah OnePlus 12R yang dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan peranti mercu baharu mereka OnePlus 12.

image is not available

OnePlus 12 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia sekitar hujung Januari nanti. Nampaknya, peminat OnePlus di Malaysia yang selama ini membeli siri R set import akan dapat membeli OnePlus 12R secara rasmi kerana peranti turut telah tersenarai di SIRIM.

image is not available

Buat masa ini, tiada butiran lagi bagi peranti ini. Tetapi, OnePlus 12R dikatakan adalah OnePlus 11 yang dijenamakan semula dengan perubahan kecil agar ia boleh dijual pada harga mampu milik – mungkin tiada Hasselblad? Kedua-dua OnePlus 12 dan OnePlus 12R dikatakan akan menjalankan OxygenOS 14 berasaskan Android 14. Sama-sama kita nantikan.