OnePlus 13 dan 13R Akan Menerima Kemaskini 4+6 Tahun

TechnologyDigital
8 Jan 2025 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 13 dan OnePlus 13R telah dilancarkan lewat malam tadi. Bagi yang berminat membeli kedua-dua peranti, pihak OnePlus mengesahkan mereka akan memberikan sokongan kemas kini 4 versi Android dan tampalan sekuriti selama 6 tahun. Ini adalah tidak sebaik 7+7 tahun yang ditawarkan oleh Samsung dan Google pada peranti mercu mereka.

image is not available

OnePlus mengatakan ini adalah kerana mengikut data yang dikumpul, pengguna peranti mereka bertukar ke peranti baharu selepas empat tahun. Maka sokongan versi Android sebanyak 7 versi bukan faktor utama mereka pada waktu ini. Di Malaysia OnePlus 13 dijual pada harga RM4399 tetapi masih tidak maklumat mengenai OnePlus 13R pada waktu ini.