OnePlus 8 Mula Menerima Kemas Kini Terakhir Minggu Ini

TechnologyDigital
26 Apr 2024 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 8 adalah antara peranti mercu terakhir yang ada sentuhan Carl Pei sebelum beliau beralih ke Nothing. Ia juga adalah antara peranti OnePlus yang cukup popular, lebih-lebih lagi model 8T dan siri OnePlus 8 turut terkenal menjadi peranti OnePlus yang kerap ada masalah skrin OLED dengan garisan hijau. Terbaru, minggu ini peranti ini akan menerima kemas kini terakhir selepas 4 tahun dilancarkan.

image is not available

OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro adalah peranti mercu yang dilancarkan pada April 2020. Peranti ini sudah berhenti menerima kemas kini Android sejak tahun lepas, dan tahun ini di hujung April OnePlus telah mengedarkan kemas kini tampalan sekuriti terakhir bagi peranti ini. OxygenOS 13.1.0.587 adalah versi yang akan diterima oleh pengguna di India terlebih dahulu sebelum ia diedarkan ke lebih ramai pengguna di seluruh dunia.