OnePlus Ace 2 Tertiris Dengan Snapdragon 8+ Gen 1 Dan Kamera 50MP

TechnologyDigital
22 Nov 2022 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus Ace telah dilancarkan sebelum ini dengan sejumlah besar perkakasan dalaman yang sama seumpama sebuah Realme GT Neo3. Ia menggunakan skrin 120Hz, cip Dimensity 8100-Max, kamera utama 50MP dan bateri dengan dua pilihan kapasiti iaitu 4500mAh/5000mAh.

image is not available

Terbaharu variasi kemaskini untuknya dilaporkan telah tertiris menerusi salah satu ciapan di Twitter. Ia menunjukkan peranti akan mempunyai skrin 6.7-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB dan storan dalaman mencapai 256GB.

Bateri sebesar 5000mAh turut digunakan dengan sistem pengecasan berwayar 100W. Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (Sony IMX890) diikuti dengan sensor ultra-lebar 8MP dan 2MP yang tidak pula didedahkan jenis sensor setakat ini.

image is not available

Tidak ketinggalan, telefon ini juga akan dilengkapi kamera swafoto 16MP dan menjalankan Android 13. Tiada tarikh pelancaran rasmi peranti yang diketahui setakat ini.