OnePlus Ace 2V Diumumkan Di China, Mungkin Nord 3 Untuk Global

TechnologyDigital
8 Mar 2023 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bulan lepas, OnePlus Ace 2 telah dilancarkan di China iaitu OnePlus 11R untuk India, yang menggunakan rekaan sama dengan OnePlus 11 tetapi cip Snapdragon 8+ Gen 1. Terbaru, OnePlus China mengumumkan OnePlus Ace 2V pula.

image is not available

Peranti ini dikatakan mungkin menjadi OnePlus Nord 3 untuk pasaran global. Skrin OLED rata 6.74-inci beresolusi 2772 x 1240 digunakan yang sedia menyokong kadar segar semula 120Hz. Cip pula adalah Dimensity 9000 yang dipadankan dengan memori mencapai 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

image is not available

Bateri pula adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 80W SuperVOOC, kamera menggunakan gabungan sensor 64+8+2 Megapixel dengan kamera swafoto 16 Megapixel. Suis lungsur ikonik dikekalkan, Bluetooth 5.3 digunakan dan speaker stereo turut disertakan. Peranti ini turut mempunyai sensor infra merah, pengimbas cap jari bawah skrin dan sokongan WiFi 6.

image is not available

Di China peranti ini menjalankan Color OS 13, rekaan peranti pula adalah rata keseluruhan dengan dua modul kamera bulat. Harga jualan adalah RMB2299 (~RM1489) untuk 12/256 GB dan mencapai sehingga RMB2799 (~RM1813) untuk 16/512 GB.