OnePlus AI Music Studio Diperkenalkan – Boleh Jana Muzik, Lirik Dan Video Dengan Satu Prom

TechnologyDigital
20 Nov 2023 • 2:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan generatif AI yang boleh menjana muzik sudah pun diperkenalkan tetapi kaedah penggunaannya amat terhad dan merbahaya kerana boleh meniru lagu-lagu artis popular yang membawa kepada isu hak cipta. Baru-baru ini YouTube telah memperkenalkan Dream Track untuk digunakan pada Shorts dengan kerjasama bersama artis. Hari ini, OnePlus pula memperkenalkan iterasi mereka.

image is not available

OnePlus AI Music Studio boleh menjana bukan sahaja muzik tetapi sekali dengan lirik dan juga muzik video. Kaedah penggunaan juga adalah mudah, di mana pengguna perlu memilih tema seperti Rap, EDM atau Pop. Kemudian boleh memilih mood seperti gembira, bertenaga, sedih atau romantik dan akhir sekali memilih tema muzik video seperti Cyberpunk, alam dan banyak lagi.

image is not available

Selepas pilihan dilakukan, pengguna perlu memasukkan prom yang ringkas dan lirik akan terus dijana. Selepas berpuas hati dengan lirik, lagu dan video akan terus dijana dan boleh dikongsi atau dimuat turun. Pengguna turut akan mempunyai profil tersendiri untuk memaparkan setiap muzik dan video yang telah dijana.

image is not available

OnePlus tidak mendedahkan perkhidmatan AI mana yang mereka gunakan. Proses penjanaan agak pantas dan dalam percubaan saya sebentar tadi ia tiada had serta percuma. Bagi yang ingin mencubanya anda boleh tekan pautan di bawah.