OnePlus akan lancarkan telefon boleh lipat pada Ogos 2023?

Digital
5 May 2023 • 11:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berdasarkan satu sumber, OnePlus dikatakan akan memperkenalkan sebuah telefon boleh lipat dalam bulan Ogos 2023 nanti. Ia adalah sesuatu yang munasabah kerana OnePlus sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan telefon boleh lipat. Setakat ini, jenama yang bernaung bersama-sama OnePlus di bawah BKK Electronics yang ada telefon boleh lipat adalah seperti Oppo dan Vivo.

Jenama dibawah BKK Electronics yang masih belum ada adalah seperti Realme dan iQoo.Bukan setakat jenama satu saudara, jenama-jenama besar lain yang tiada telefon boleh lipat dikhabarkan sudahpun mengumumkan penyertaan dalam arena itu. Contohnya, Google akan melancarkan Google Pixel Fold pada 10 Mei 2023 dalam acara I/O nanti. Sekiranya OnePlus lancarkan telefon boleh lipat, tinggalah Apple sebagai satu-satunya jenama utama telefon pintar global yang tiada produk dalam kategori itu.

Di Malaysia, berikut adalah senarai telefon boleh lipat yang boleh kita dapati secara rasmi di sini:

  • Huawei Mate Xs 2
  • Huawei P50 Pocket
  • Honor Magic Vs
  • Oppo Find N2 Flip
  • Samsung Galaxy Z Fold4
  • Samsung Galaxy Z Flip4

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved