OnePlus Buds 2 Pro di Malaysia, ada audio spatial macam versi China?

Digital
28 Jan 2023 • 7:02 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ini adalah OnePlus Buds Pro 2. Ia bakal dilancarkan bersama-sama telefon OnePlus 11 pada 7 Februari 2023 nanti.

image is not available

Daripada segi fizikaliti, tak banyak perubahan boleh kita lihat berbanding OnePlus Pro sedia ada. Bekas penyimpanannya berbentuk kotak alat solek dan rekaan fon putiknya juga masih sama.

image is not available
OnePlus Buds Pro

image is not available

OnePlus Malaysia masih belum berkongsikan maklumat rasmi tentang spesifikasi OnePlus Buds Pro 2. Tapi pastinya ia adalah sama seperti yang telahpun dijual di China dan kalau dibandingkan antara generasi, perbezaannya agak ketara.

image is not available

Pertama sekali, Buds Pro 2 dibangunkan hasil kerjasama Dynaudio, nama besar dari Denmark dalam industri speaker.

image is not available

Ciri unik fon putik ini yang ingin diketengahkan pengeluarnya adalah sokongan audio spatial. Ia pertama kali diperkenalkan pada Android 13 dan ia memanfaatkan sensor IMU bagi mensimulasikan arah datangnya audio. Objektif yang ingin dicapai adalah pendengar akan rasakan berada dalam persekitaran audio 3D.

image is not available

Ciri penyaring hingar aktif juga nampaknya ditambah baik. Pada edisi terdahulu, Ear Buds Pro mampu menyaring sehingga paras 40dB tapi pada Buds Pro 2, ia boleh pergi sehingga 48dB.

image is not available

Pemacu audio pada Buds Pro 2 juga lebih baik kerana menurut laman spesifikasi, julat repons frekuensinya adalah antara 10kHz dengan 40kHz sedangkan generasi terdahulu adalah 20Hz hingga 20Khz.

image is not available

Daripada segi hayat bateri, sekiranya semua ciri pintar terpasang dan paras audio ditetapkan pada 50%, ia mampu beroperasi sehingga 5.5 jam dan dengan bantuan bekas penyimpang, waktu guna berjumlah 21 jam boleh diberikan.

image is not available

Sewaktu dilancarkan, OnePlus Buds Pro dijual pada harga RM799. Dengan naik taraf yang dibawakan, adakah harganya akan melangkaui RM800?

Bacaan berkaitan