OnePlus Buds Pro 3 Dilancarkan Dengan Spatial Audio Dan Bateri 43 Jam

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Buds 3 Pro telah dilancarkan dengan kualiti audio yang dikuasakan Dynaudio diikuti dengan pembatalan hingar aktif dan jangka hayat bateri yang dipertingkatkan. Malah kemaskini rekaan menunjukkan fon telinga menggunakan pod pengecas berbentuk bujur dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

image is not available

OnePlus Buds 3 Pro menggunakan teknologi dwi pemacu gabungan 11mm (woofer) +6mm (tweeter) yang sama seumpama dalam Buds Pro 2. Namun lebih baik melalui penggunaan teknologi Digital-to-Analog Converters (DACs) yang memberi penekanan terhadap bass dan treble. Selain itu pemandu audio digunakan juga mempunyai penalaan Dynaudio dengan ia turut mempunyai sistem pembatalan hingar ANC yang boleh meredam bunyi sehingga 50dB. Terdapat juga mod ANC adaptif yang mengubah kekuatan sistem berdasarkan situasi.

image is not available

Bagi peminat audio resolusi tinggi pula, fon telinga ini menyokong codec LHDC 5.0 dan ACC. Selain itu Google Fast Pair dan Spatial Audio (Head Tracking) juga disokong. Pad sesentuh terbina pula boleh digunakan untuk sebahagian besar kawalan seperti mengubah muzik dan melakukan panggilan telefon. OnePlus Buds Pro 3 juga melepasi piawaian kalis percikan air IP55 tetapi tidak termasuk pod pengecasnya. Tambatan pantas boleh dibuat melalui bluetooth 5.4 dan boleh beroperasi sehingga 43 jam dengan bantuan pod pengecas.