OnePlus Dilaporkan Akan Keluar Daripada Pasaran Amerika dan Eropah

WorldTechnology
14 Jul 2026 • 7:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Dilaporkan Akan Keluar Daripada Pasaran Amerika dan Eropah

OnePlus akan menarik diri sepenuhnya dari pasaran Amerika Syarikat dan Eropah dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam minggu ini menurut laporan WinFuture., Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi baharu Oppo yang merupakan syarikat induk OnePlus. Oppo akan mengambil alih peranan OnePlus di Eropah.

Image from: OnePlus Dilaporkan Akan Keluar Daripada Pasaran Amerika dan Eropah

Tiada lagi produk baharu OnePlus akan ditawarkan di Amerika Syarikat dan Eropah selepas ini. Sokongan pasca pembelian dan kemas kini untuk peranti sedia ada akan diteruskan sehingga akhir kitaran hayat. Stok sedia ada pula akan dihabiskan. Sebelum ini tular kedai atas talian OnePlus di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah menunjukkan mereka sudah kehabisan stok.

Status OnePlus di pasaran lain seperti India dan China masih tidak jelas.Terdapat spekulasi bahawa OnePlus akan diteruskan sebagai siri produk di bawah jenama Oppo, terutamanya untuk peranti mampu milik. Awal bulan ini muncul ura-ura pembangunan OxygenOS dan Realme UI telah ditamatkan dengan peranti OnePlus dan Realme akan menggunakan ColorOS.

Punca penarikan diri tidak didedahkan tetapi mungkin juga disebabkan oleh krisis bekalan RAM. Ia telahpun menyebabkan CMF dan ASUS tidak menawarkan model baharu tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved