OnePlus lancar fon putik lebih murah daripada Buds 2 Pro dengan dua ciri ini dibuang

Digital
8 Mar 2023 • 2:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

OnePlus China telah mengumumkan OnePlus Buds Pro 2 Lite dalam pasaran mereka. Ia memiliki rupa fizikal yang sama dengan OnePlus Buds Pro 2. Yang menyebabkan harganya lebih rendah berbanding Buds Pro 2 adalah pada ketiadaan pengecasan wayarles dan tiadak sokongan audio spatial.

image is not available

Lain-lain fungsi versi lebih mahal, ada pada versi Lite seperti pemacu audio 11mm, ciri penyaring hingar pada paras 48dB. Di samping itu, teknologi Audio ID2.0 juga dimasukkan bagi membantu mengenal pasti bentuk telinga pengguna dan ditala agar menepati keperluan pengguna yang berbeza. Padanan bersama peranti boleh dibuat pantas dan mudah, menerusi Google Fast Pair.

image is not available

Sambungan wayarles pula diuruskan oleh enjin Bluetooth LHDC 4.0 Ultra-HD bagi memastikan bunyi resolusi tinggi menghampiri kualiti berwayar, disalurkan dengan lancar ke telinga pengguna. Bekas penyimpan OnePlus Buds Pro 2 Lite mampu membekalkan tenagan untuk ia beroperasi sehingga 39 jam bermain lagu dengan ANC dimatikan, atau 25 jam dengna ANC dihidupkan. Di fon putik sahaja, ia memberi masa guna sehingga 9 jam tanpa ANC atau 6 jam bersama ANC.

Dalam pasaran China, OnePlus Buds Pro 2 Lite dijual pada harga CNY799 (RM518). Untuk perbandingan, OnePlus Buds 2 Pro dijual pada harga CNY899 (RM583). DI Malaysia pula, OnePlus Buds 2 Pro dijual pada harga RM869. Jangkakan harga yang melebihi RM500 andainya ia tembusi pasaran Malaysia kelak.