OnePlus Memperlihatkan Konsep Papan Kekunci Mekanikal Tersendiri 

TechnologyDigital
15 Dec 2022 • 8:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus hari ini memperkenalkan produk pertama dibawah OnePlus Featuring, iaitu sebuah papan kekunci mekanikal. Untuk makluman, OnePlus Featuring merupakan platform yang memfokuskan kepada pembangunan sejumlah produk dibawah kategori baharu.

image is not available

Untuk papan kekunci mekanikal OnePlus yang pertama ini, ia memfokuskan dalam memberikan pengalaman menaip yang baik, dengan rekaan dwi-gasket dalam menghasilkan bunyi menaip serta pengalaman yang baik.

OnePlus juga menggunakan rekaan berasaskan aluminium, serta mengatakan ia mesra untuk penggunaan profesional ataupun untuk bermain permainan video.

image is not available

Seperti beberapa papan kekunci lain, papan kekunci mekanikal OnePlus juga menawarkan sokongan penyesuaian mengikut citarasa seseorang pengguna. OnePlus turut mengatakan ia membawakan rekaan mesra untuk pengguna Mac, Windows mahupun Linux.

Mengikut jadual pembangunan, ia akan melalui fasa ujian pada Januari, sebelum pelancaran rasmi pada Februari. Pengeluaran untuknya dijangka berlaku sekitar Mac ke Mei kelak.