OnePlus Mengesahkan Kehadiran Telefon Kompak Baharu Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
25 Feb 2026 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus telah mengesahkan rancangan untuk melancarkan telefon pintar mercu bersaiz kompak melalui model OnePlus 15T. Perkara ini didedahkan oleh Presiden OnePlus, Louis Lee menerusi ciapan terkini di Weibo. Namun begitu, beliau belum mendedahkan tarikh pelancaran atau saiz sebenar peranti tersebut. Lazimnya, kategori kompak ini merujuk kepada paparan skrin berukuran sekitar 6.1 hingga 6.3 inci.

image is not available
OnePlus 13T

Imbas kembali, OnePlus pernah memperkenalkan model 13T pada tahun lalu di pasaran China. Model tersebut hadir dengan skrin 6.32-inci, cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM, storan 1TB, bateri sebesar 6260mAh, pengecasan pantas 80W serta kamera utama 50MP + telefoto 50MP.