OnePlus hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perancangan mereka untuk peranti boleh-lipat tahun ini, dan mengatakan mereka telah mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang peranti boleh-lipat pada tahun ini.

Untuk makluman, sebelum ini OnePlus telah memperkenalkan OnePlus Open pada tahun 2023 yang lepas, dan telah menerima pelbagai maklumbalas positif daripada para pengguna. Bergerak kehadapan, OnePlus yang kini beroperasi dibawah Oppo, dilihat akan melihat kepada pelbagai inovasi yang dibawakan oleh Oppo Find N5, dan akan mengintegrasikan inovasi dan pembaharuan daripadanya ke produk akan datang mereka.
OnePlus menekankan ini bukan langkah ke belakang, tetapi lebih kepada penyusunan kembali, dan komitmen mereka terhadap inovasi akan diteruskan dan diperhebatkan lagi.




