OnePlus Nord Buds 2r Turut Dilancarkan Pada Harga RM299

TechnologyDigital
5 Jul 2023 • 10:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Nord Buds 2r turut dilancarkan sebagai sepasang TWS mampu milik dengan pemandu audio sebesar 12.4mm yang disadur dengan bahan titanium. Rekaannya mirip dengan Buds 2 tetapi dengan kemasan yang dibulatkan supaya kelihatan lebih kemas.

image is not available

Bateri putik audio sebesar 36 mAh boleh bertahan sehingga 8 jam tetapi boleh meningkat ke 38 jam dengan bantuan pod pengecas yang dilengkapi bateri 480 mAh. Pengecasan adalah menggunakan port USB-C sahaja tanpa pengecasan nirwayar.

image is not available

Nord Buds 2r melepasi piawaian kalis air dan debu IP55 yang membolehkan ia digunakan untuk aktiviti bersenam. Tambatan ke peranti ialah menggunakan bluetooth 5.3 sehingga jarak 10m. Sokongan untuk sistem audio Dolby Atmos dan Dirac turut disertakan. Harga jualan OnePlus Nord Buds 2r adalah RM299 sahaja di Malaysia dengan pilihan warna Deep Grey dan Triple Blue.

image is not available