OnePlus Nord CE 3 Lite Dan Nord Buds 2 Akan Dilancarkan Pada 4 April Ini

TechnologyDigital
24 Mar 2023 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekitar dua minggu sahaja lagi OnePlus akan melancarkan dua produk untuk pasaran Malaysia. Produk ini adalah OnePlus Nord CE 3 Lite dan juga OnePlus Nord Buds 2. Dua produk kelas pertengahan yang menggantikan model tahun lalu.

OnePlus Nord CE 3 Lite dilihat akan menawarkan pilihan warna pastel limau iaitu hijau terang kekuningan. Sepsifikasi masih dirahsiakan lagi tetapi berdasarkan laman Geekbench dan maklumat tertiris CE 3 Lite akan dijana cip Snapdragon 695 5G, menggunakan kamera 108MP dan skrin lebih besar,

image is not available

Untuk Nord Buds 2, iaitu sekuel kepada Nord Buds yang kami ulas tahun lalu dilihat masih menggunakan rekaan lebih kurang sama. Turut tidak pasti apakah perbezaan TWS baharu ini.

Kedua-dua produk ini akan dilancarkan di Malaysia pada 4 April 2023. Sama-sama kita nantikan untuk tahu butiran lanjut yang lebih terperinci dan harga jualan. Terus ikuti kami di Amanz dan nantikan ulasan penuh kedua-dua produk ini.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved