OnePlus Open 2 Dikatakan Adalah Telefon Skrin Boleh Lipat Ternipis Baharu

TechnologyDigital
13 Jan 2025 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun 2023, Honor mencipta sejarah dengan telefon pintar skrin boleh lipat ternipis dunia. Magic V2 mempunyai ketebalan 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm apabila dibentangkan. Kemudian tahun 2024, Magic V3 memecahkan rekod sendiri dengan ukuran 9.2mm + 4.35m. Tahun 2025, Oppo dan OnePlus pula akan mencipta sejarah.

Oppo Find N5 dan OnePlus Open 2 dibina dengan bahan binaan titanium dan memfokuskan kepada kemampuan tahan lasak. Ia dikatakan akan menjadi peranti penanda aras untuk pesaing dan turut akan mempunyai tubuh yang sangat nipis, malah lebih nipis berbanding peranti lain di pasaran.

Peranti ini akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Edition, menyokong tri-kamera Hasselblad dengan sensor periskop, menyokong ciri komunikasi satelit, bateri mencapai hampir 6,000mAh dan turut akan menyokong pengecasan nirwayar.

Kedua-dua syarikat BBK Electronics ini dikatakan akan dilancarkan pada bulan Februari nanti. Find N5 dan OnePlus Open 2 mungkin akan menjadi peranti skrin boleh lipat mercu premium terawal tahun 2025. Sama-sama kita nantikan.