OnePlus Pad Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9000 Dan Skrin 7:5 144Hz

TechnologyDigital
7 Feb 2023 • 11:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus Pad telah kedengaran lama. Akhirnya hari ini tablet Android pertama OnePlus dilancarkan. Tablet ini hadir dengan skrin 11.6-inci panel LCD beresolusi 2K bernisbah 7:5 yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Sokongan Dolby Vision dan Dolby Atmos turut disertakan. Memori pula mencapai 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Tablet pertama OnePlus ini dijana dengan cip pemprosesan Dimensity 9000.

image is not available

Untuk audio, OnePlus Pad menggunakan kuad-speaker untuk audio imersif. Tablet ini turut direka untuk digunakan bersama peranti OnePlus agar penggunaan Internet boleh dikongsi serta turut menerima notifikasi pemesejan dengan mudah.

image is not available

OnePlus Pad turut dilengkapi dengan kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP. Bateri pula adalah 9510mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W SuperVOOC. Tablet ini turut menyokong stilus OnePlus Stylo untuk pengguna melukis atau mencatat nota, mempunyai sambungan magnetik untuk aksesori seperti papan kekunci dan hanya akan ditawarkan dengan model WiFi sahaja tanpa sokongan kad SIM.

image is not available

Menariknya, dengan setiap pembelian OnePlus turut sertakan stilus dan papan kekunci OnePlus Magnetic Keyboard di dalam kotak. Tiada harga diumumkan buat masa ini. Tetapi wakil OnePlus Malaysia mengesahkan kepada kami tablet ini tidak akan dijual di Malaysia.