OnePlus sebar penyunting gambar AI Eraser untuk 5 model ini

Digital
5 Apr 2024 • 1:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengguna OnePlus bakal terima fungsi seakan Magic Eraser Google Pixel. Versi OnePlus dinamakan AI Eraser dan yang menariknya, ia berfungsi berlandaskan kerangka AI proprietari OnePlus sendiri. Menggunakan AI Eraser, ada kaedah penyuntingan baharu boleh digunakan pengguna telefon itu untuk beroleh gambar yang labih elok.

Sama seperti penyunting gambar berasaskan regenerative AI yang lain, AI Eraser boleh membuang objek-objek yang tidak berkenaan secara automatik dan fungsi ini dimasukkan ke dalam aplikasi Photo Gallery telefon. Cara operasinya adalah dengan menggunaakn algoritma khas untuk menganalisis kawasan yang ingin diperbetul dan menjana imej baharu yang sebati dengan bahagian sekelilingnya.

image is not availableimage is not available
Gambar sebelum (kiri) dan gambar selepas (kanan) penyuntingan AI Eraser

Sebagai permulaan OnePlus menyebarkan AI Eraser secara berkala dan buat masa ini boleh digunakan di model-model telefon seperti yang berikut:

Walaupun Magic Eraser Google telah lama diperkenalkan untuk pelbagai peranti Android, namun ia disembunyikan disebalik langganan berbayar. Baru tahun 2024 inilah Samsung menyemarakkan teknologi regenarative AI terbina di dalam telefon yang boleh digunakan secara percuma pada siri Samsung Galaxy S24 mereka. Nubia Z60 Ultra Photographer Edition juga diumum mempunyai ciri hampir sama.

Sumber: OnePlus

Bacaan berkaitan

View Original Article