OnePlus Turbo Akan Dilengkapi Dengan Bateri Besar

TechnologyDigital
22 Dec 2025 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus sebelum ini telah mengesahkan kewujudan model Turbo dan kini presiden OnePlus China, Louis Lee mula mendedahkan kebolehan peranti tersebut. Menurutnya, OnePlus Turbo kelak hadir dengan bateri yang lebih besar berbanding mana-mana model OnePlus sebelum ini.

image is not available

Jika OnePlus Ace 6T dengan kapasiti bateri 8300mAh sudah dianggap besar, model Turbo dikatakan akan melebihi angka tersebut. Ada yang mendakwa ia boleh mencapai sehingga 9000mAh dan hal ini tidak mustahil memandangkan Honor turut mengacah peranti WIN dengan kapasiti 10,000mAh. Pun begitu, tiada maklumat rasmi mengenai kapasiti sebenar bateri OnePlus Turbo setakat ini.

Namun, jelas bahawa trend peranti dengan bateri besar semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan pengeluar malah dijangka lebih banyak peranti komersial dengan kapasiti besar akan hadir di pasaran. Nantikan pengumuman rasmi OnePlus untuk peranti baharu mereka ini.