Dynamic Island nampaknya telah menjadi trend sejak sejak diperkenalkan pada iPhone 14 Pro. Xiaomi telah membawakan ciri lebih kurang sama pada siri Civi mereka, realme dengan Mini Capsule pada siri C dan Huawei turut menawarkannya pada Huawei Mate60 Pro.
Terbaru OnePlus pula dilihat menawarkan pada peranti mereka melalui Oxygen OS 14 berasaskan Android 14. Ciri ini dilihat terhad kepada aplikasi perakam suara di bahagian lubang kamera di skrin. Apabila ikon bujur kecil ini ditekan, tetingkap besar mirip Dynamic Island pada iOS akan muncul untuk kawalan tambahan.
Menurut sumber, ciri ini masih dalam ujian lagi dan animasi kelihatan tidak begitu lancar. Turut tidak pasti jika OnePlus akan menambah ciri lain yang akan mempunyai sifat lebih kurang sama dengan aplikasi perakam suara mereka.
Oxygen OS 14 berasaskan Android 14 kini boleh diuji pada peranti OnePlus 11. Namun tidak digalakkan kerana dilaporkan penuh dengan pepijat dan tidak cukup stabil. Sistem operasi ini dijangka akan ditawarkan kepada pengguna OnePlus bermula sekitar Oktober ke November nanti.
- Sumber
- 9to5Google

