OnePlus Watch 2 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Februari 2024

TechnologyDigital
21 Feb 2024 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teka-teki mengenai produk baharu yang dipromosi OnePlus sebelun ini terjawab melalui kemaskini baharu di laman web rasmi. Ia menjadi pengenalan untuk OnePlus Watch 2 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari 2024.

image is not available

Dalam imej yang ditunjukkan ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Black Steel dan Radiant Steel. Binaan tubuh pula boleh terdiri dengan bahan berbeza yang termasuk kaca nilam digunakan pada muka jam, sementara itu kerangka pula daripada keluli tahan karat. Dua butang fizikal disediakan dengan salah satu daripadanya sejenis tombol berputar untuk kawalan tambahan. Tali pula dilihat menggunakan bahan silikon bersama sokongan cangkuk standard.

image is not available

image is not available

OnePlus juga mendakwa jam tangan ini boleh beroperasi sehingga 100 hari dalam mod pintar. Pada masa sama turut dipercayai menyokong WearOS dan cip Snapdragon W5 Gen 1 yang sudah tentunya mampu menawarkan pengalaman keseluruhan lebih baik.