OnePlus Watch 3 Tertiris Dengan Wear OS 5 Dan Tombol Berputar

TechnologyDigital
23 Dec 2024 • 10:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Watch secara perlahan menarik perhatian orang ramai kerana ia adalah jam tangan pintar dengan RTOS yang menyokong Google Maps. Namun, selepas OnePlus Watch 2 mereka menyedari yang Wear OS adalah sistem operasi terbaik dan terbaru OnePlus Watch 3 tertiris dengan ciri yang sangar berguna.

image is not available

Pertama, OnePlus Watch 3 dilihat akan menggunakan rekaan lebih kuran sama dengan OnePlus Watch 2. Cuma, kali ini akan ada tombol berputar di sisi jam untuk kawalan seperti tatalan dan memilih aplikasi. Jam ini turut dilihat akan menjalankan WearOS 5 bersama-sama dengan sistem RTOS untuk memastikan ketahanan bateri yang berpanjangan.

Jam ini turut dijangka akan dilengkapi dengan ciri ECG yang lebih baik, akan ada model dengan sokongan LTE, dijana cip Snapdragon W5 Gen 1 dan dikatakan akan dilancarkan bersama-sama dengan OnePlus 13 untuk pasaran global menjelang 7 Januari akan datang.